AL-KISAH

Cerita ini mengisahkan aku dengan insan yang mempunyai cinta terlarang. Namun perncintaan kami bermula dengan hidup yang sangat bahagia hingga tidak dapat dipisahkan. Cerita ini bermula dengan pengenalan kami berdua.


Pada suatu hari, kami ditemukan di dalam intenet.

Si Dia baru sahaja berpisah dengan kekasihnya. Dia menceritakannya kepada aku bagaimana dia berpisah. Baru satu hari kami berkenalan, aku sudah mula jatuh cinta. Dia seorang yang lemah lembut, suara dia membuat aku tersenyum. Walaupun dia jauh dari aku, aku disini dapat merasakan cinta aku kuat untuk dia.

27 Ogos 2009 Aku meluahkan perasaan hati aku terhadap dia dan aku meminta dia menjadi pasangan hidup aku.

Dia terdiam dan menerima aku dengan suara yang gembira. Saat yang paling indah dalam hidup aku. Dia adalah insane yang memahami aku dan aku bahagia dengan dia. Aku gembira apabila mendengar dia ketawa. Tapi kami amat jauh untuk berjumpa, namun hati aku tidak pernah lupakan dia walaupun sesaat. Cinta aku terlalu kuat untuknya sehingga satu ketika tanpa kawalan aku melepaskan kemarahan aku kepada dia walaupun dia tidak bersalah. Pertama kali dia menangis membuatkan aku bersalah. Aku meminta maaf dan dia memaafkan aku. Inilah perempuan yang pertama tabah apabila bersama dengan aku yang mempunyai sikap panas baran. Aku sering membuat dia menangis tentang aku.

Sekali lagi aku membuat dia menangis apabila aku melafazkan untuk berpisah dengannnya. Namun aku tetap berhubung dengannya, dan dalam hidup aku tidak pernah merasakan terlalu sedih dalam hati aku. Dalam masa sebulan, aku tidak sedar dia menunggu aku sehinggalah pada hari jadi aku, dia adalah hadiah yang paling istimewa untuk aku apabila aku melafazkan menginginkan dia semula. Kedengaran suara yang menangis bercampur gembira membuatkan aku tersenyum. Saat itu aku sering berhubung dengannya. Aku juga telah berjanji tidak akan mengulangi perkara itu. Apabila aku mendengar lagu yang menjadi kegemaran aku dan dia, aku menjadi gembira kerana saat dia disisi aku, dialah yang memberi aku semangat ketika aku lemah. Di saat aku sedih, dialah tempat aku mengadu dan membuat aku gembira.

Semua itu hanya seketika, sehinggalah aku hilang kawalan untuk berpisah dengan dia sekali lagi dan dia telah melepaskan aku untuk selamanya. Dia mengatakan aku menganggap dia sebagai pakai buang cinta yang dia miliki dari aku.

Setelah berapa minggu aku tidak bersama dia lagi, aku amat terkejut apabila dia telah mempunyai cinta yang baru jauh lebih baik dari aku. Kawan-kawanku telah mengingatkan aku untuk melupakan dia, akan tetapi cinta aku kuat. Aku menyesal kerana meminta berpisah dengannya. Baru aku tahu, betapa pentingnya dia dalam hidup aku.
Aku telah menghantar mesej kepada dia yang aku akan tunggu dia untuk kembali kepada aku dan mengatakan aku menyesal membuat dia begini.

Sudah dua bulan berlalu, hidup aku makin kusut kerana memikirkannya dan menunggunya kembali kepada aku. Setiap kali aku mendengar lagu kegemaran kami, aku merasakan hati aku terluka. Tatkala aku melihat gambarnya serta teman lelakinya, sememangnya dia bahagia. Saat itu, aku amat gembira dia lebih bahagia di samping orang yang tersayang berbanding dengan aku yang sudah banyak kali melukakan hati yang suci sepertinya. Sudah bermacam-macam cara aku buat untuk melupakan cinta dia sehingga aku terfikir, bunuh diri adalah jalan yang terbaik untuk melupakan dia. Aku amat sakit hati kerana aku tidak dapat melupakan dia. Aku inginkan dia kembali ke dalam hidup aku. Hati aku kini terlalu dilukai kerana melihat dia bersama kekasihnya. Dia menghantar mesej kepada aku yang mengatakan dia cinta aku lagi dan tidak boleh lupakan aku. Aku amat gembira ketika dia ungkapkan seperti itu, tetapi semua itu hanya sementara apabila dia bertanyakan adakah aku sanggup menjadi yang kedua?aku tidak sanggup dan dia mengatakan dia hanya bergurau, aku tidak tahan kerana sikap dia. Aku tidak sedar aku menangis lagi hanya kerana cinta dulu. Demi cinta dia, aku sanggup buat apa sahaja demi dia kembali kepada aku dan ingin dia tahu aku tidak pernah lupakan dia,cinta dia, suara dia, aku amat rindukan dia. Aku amat mahukan dia kembali kepada aku. Jujur aku tidak pernah lupakan dia.!aku tahu, aku amat bersalah dan lukakan hati.

Ingin aku lupakan dia, hati ini terlalu sayang terhadap dia, terlalu cintakan dia. Susah aku untuk menemui insan seperti dia.


Oh tuhan
tolonglah diriku
Aku sungguh meninginkan dia
Untuk mencintaiku dan
mendampingiku didalam hidupku ini

Oh tuhan
buka lah hati nya
Untuk melupakan kesalahan aku
Yang talah menjadi duri
didalam hati nya dan melukai hati nya

tolonglah
dekap aku
yang melukai mu
aku ingin engkau tahu
aku selalu cinta padamu

aku telah menyesalinya semua


adakah dia ingat lirik lagu di atas ini.?adakah dia masih ingat rentak lagu ini?adakah dia ingat aku pernah nyanyikan lagu ini kepadanya. .?aku amat mencintai nya. Adakah dia ingat ayat yang aku pernah tulis untuknya?




Awak, macam mana kalau saya tidak dapat dengar suara awak lagi.?
Awak, macam mana kalau saya tidak sempat melihat wajah awak?
Awak, macam mana saya tidak dapat bercakap denga awak lagi?
Dan
Macam mana kalu saya tidak ada di dunia ini lagi?
Adakah awak sanggup mencari cinta yang setia dari saya?
Adakah awak terus hidup tanpa saya disisi awak lagi?
Adakah awak akan mencintai saya sehingga nafas saya berhenti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan